Raya 2009

17 September 2009. Bertolak dari Johor ke Melaka pada hari Khamis. Nasib baik kelas hari Khamis dan Jumaat sudah dibatalkan oleh pensyarah...diorang pun nak balik kampung jugak....hehehe... Sampai di Melaka pada petang Khamis. Esok pagi pergi KL pula sebab nak pergi ambik Aimi dekat asrama dia. Tapi kelas dia habis petang, pukul 5.30 PM baru kelas dia habis. So, in the meantime, pergi Shah Alam cari baju raya....hehe....

Jenuh cari baju, asyik takde saiz je. Sampaikan ada pekedai tu cakap tengok badan je dah tau takde saiz (sedih seh...). Dah nak give up dah...takpelah, pakai shirt biasa pun takpe. Then, lalu satu kedai ni, nampak macam besar je baju melayu dia. At first, plan nak cari baju melayu moden tu, tapi takde saiz. So sekarang tengah tengok baju melayu biasa tu, macam besar. Ok try pakai...eh muat la...Ok beli dua! Dah siap beli, tunggu Mak and Aida cari tudung and kasut. Tapi tak jumpa yang berkenan.

Shopping sikit dekat bazar ramadan tu. Beli kuih-kiuh, makanan nak bukak puasa dalam kereta nanti. Jam sudah menunjukkan 5.30 PM, suruh Aida tanya Aimi kelas dah habis ke belum. Dah la time tu tengah hujan lebat. Last-last sampai asrama Aimi pukul 6.30 PM. Tunggu dia kemas-kemas and balik ke Melaka semula.

Sampai je rumah nenek, nampak van Pak Long dah sampai. Masuk rumah, wah...ada kucing! Comel. Tu kucing Pak Long, nama dia Taufan! Hehe...diorang namakan dia Taufan sebab garang tu...hahaha. Meow!!!

19 September 2009. Selesai solat Maghrib-Isyak berjemaah, buka TV nak tengok pengumuman raya. Dah dengan mohor-mohor Raja semua tu, diumumkan hari raya aidilfitri jatuh pada hari Ahad (20 September 2009)...yay!!! Lepas tu ramai-ramai takbir raya and then buat majlis tahlil. Ni ada sikit gambar-gambar malam raya.

From left: Adlina, Akmal, Arifah

Ramai-ramai depan TV

Depan TV lagi..tengah tengok cerita apa entah

Pak Long and Ayah

Dinner malam tu..nyum!

Candid. Pak Long terkejut....hahaha.

20 September 2009. Pagi raya. Lepas solat Subuh, kitorang pergi lawat tanah perkuburan. Naik van Pak Long dengan Akmal sekali. Yang lain naik dengan Ayah. Pergi ziarah kubur moyang-moyang serta saudara mara yang telah kembali ke rahmatullah. Bila dah selesai tu, kitorang pun balik la rumah Nenek. Time nak balik tu, tetiba van Pak Long takleh nak start. Ayah dah tengah lalu depan kitorang, Pak Long pun panggil la dengan tangan suruh tunggu kejap. Orang lain tak nampak kecuali Aimi. Tapi Aimi salah faham, dia ingat Pak Long saja je main lambai-lambai, dia pun lambai la balik. Kitorang bertiga time tu dah tak tahan nak gelak. Hahaha sengal. Memang lawak gila. Nak call, tak bawak pula handphone. Hadui...macam mana ni? Pak Long pun try la macam-macam nak kasi boleh start. Tetiba dekat belakang dengar ada orang hon. Rupa-rupanya Mak Lang....haaa apa lagi, jom la tumpang! Hehe...kalau tak, terpaksa jalan la...huhu...naik sampai rumah Wan Cu, then jalan kaki balik rumah Nenek...dekat je...

Pusara moyang

Kubur Tok Uteh

Kubur Wan Andah

On the way balik rumah Nenek

Pak Long cuba apa yang patut

Tumpang kereta Kelisa Mak Lang...thanks!!

Bila dah sampai rumah Nenek, semua pelik nape balik jalan kaki? Laa...van takleh start ke....then cerita pasal Aimi lambai-lambai balik tu...hahaha. Aimi asyik kena je dengan Pak Long lepas tu..keh..keh...keh....

Lepas mandi semua, siap-siap nak pergi solat sunat raya dekat Masjid Aliyah, Kuala Ina. Disebabkan van Pak Long dah takleh nak start, tak semua boleh ikut pergi solat raya. Lepas dah habis solat raya, terus pergi ziarah kubur Tok Long, then pergi rumah Nek Long.

Masjid Aliyah, Kuala Ina

On the way rumah Nek Long

Kubur Tok Long

Rumah Nek Long

Ayah dan Pak Long borak

From left: Nenek, Nek Long, Mak

Baru lepas makan lontong

Lepas tu, kitorang pergi rumah Nek Ngah. Rumah Nek Ngah sebelah je dengan rumah Nenek. After that, pergi rumah sebelah pulak, rumah Nek Uteh. Tapi time kitorang datang tu, Nek Uteh takde...dia keluar pergi mana entah. Dekat rumah Nek Uteh pun makan lontong jugak...hahaha. And then, last sekali pergi rumah Wan Cu...wah! Ramainya. Haaa...dah jumpa kuih samperit...apa lagi, bedal la...hahahah..samperit Wan Cu buat memang paling sedap ah! Memang terbaik! Hehehe....

Rumah Nek Ngah

Ambil gambar ramai-ramai

Rumah Nek Uteh

Rumah Wan Cu

Malam tu tengok match Man Utd vs Man City...hohoho memang best! Sebab Man Utd menang 4-3 and Owen score winning goal last-last minit...kalau seri 3-3 tu memang frust gila sebab boleh pulak Ferdinand buat sengal pergi salah pass, Bellamy score equaliser minit ke-90. Time tu dah memang down gila. Tetiba OWEN!!!! Wah!!! Riuh satu rumah! Hahaha....

Owen!!!

Gambar dari depan pulak

Hero on Manchester Derby Day!!!

Yeaaaahhh!!!!

Tevez: "Aduh....kalah pulak..."
Rooney: "Yeh..Owen gol...kita menang..."

21 September 2009. Pagi Isnin jam 7.30 AM, gerak Kelantan pula. Tido...ZzZzZzZz....bangun-bangun dah sampai R&R mana entah...lupa, sebab tengah lalok...haha...

Sampai rumah Tok Ayah petang Isnin tu, dalam pukul 6.30 PM kot. Kesian Tok Ayah, dia tengah sakit belakang. Takleh nak straight langsung. Jalan pun nak kena bongkok...huhu kesian.

Esok pagi, pergi rumah Tok Ayah Ngah. Banyak Tok Ayah Ngah cerita. Hehe....dalam pukul 12 lebih tu, mintak diri dulu sebab ada kenduri kahwin nak kena pergi. Tapi Ahmad kena stay rumah sebab nak jaga Tok Ayah kalau dia nak apa-apa. Izz pun stay sekali. Dia main PS2 dia je...haha...kalau mengantok, tidur...haha... Petang tu diorang pun semua balik....

Esok tu pula, diorang pergi lawat Mek dan lain-lain. Tapi Ahmad still kena stay rumah sebab kena jaga Tok Ayah. Kesian Tok Ayah, takleh nak buat apa sangat. Duduk je, baring....huhu. Petang tu pergi Rantau Panjang, beli la apa yang patut...hahaha...

Plan nak balik Johor pagi Khamis sebab hari Jumaat tu Aimi kena buat medical checkup yang dah lama tertangguh. Lepas solat Subuh tetiba terdengar letupan di luar dan tetiba rumah blackout! Time letupan tu berlaku, nampak warna-warna oren dari bawah pintu. Buka pintu je, bau pelik. Bau terbakar. Rupanya wayar elektrik depan rumah meletup dan terbakar! Kalau nak tengok gambar-gambar time tu, boleh tengok dekat blog Aida...dia jadi camera"girl" time tu. Timing baik punya time dia tekan tu, tetiba meletup lagi sekali...wah dah macam pertunjukkan bunga api! Cepat-cepat call orang TNB suruh datang check. Orang TNB tu siap boleh tanya lagi tiang mana? Mana la orang tau...tak berani nak pergi tiang tu tengok, karang terkena kejutan elektrik kang...huhu. Lepas call tu Ayah kata patut cakap dekat orang TNB tu tiang-tiang pun terbakar...haha.....

Disebabkan kejadian tu, delay sikit masa bertolak ke Johor...haha...tunggu je sampai orang TNB tu datang...call pukul 7.30 AM, sampai 8.45 AM...adeyh..... Lepas dah pack semua beg dalam van, salam-salam semua....mula la perjalanan balik ke Johor. Tapi sebelum tu we all singgah dulu rumah Nenek Cek Su dekat Besut....sedap wooo satay...makan sampai 10 batang...tu pun macam nak tambah lagi tapi Ayah dah tutup bekas dia supaya kitorang tak habiskan...hahaha...

Lepas tu, mula lah perjalanan 12++ jam balik ke Johor....sampai rumah dalam pukul 11.30 PM...

Comments

Unknown said…
sedih woo kalau da berkenan sekali takde saiz.boleh migrain dibuatnya.keke.
Unknown said…
takde pun gambar baju raya nta tu.nak tengok duh.
Ahmad said…
apa takde lak, yang ana pakai tu ape?
Unknown said…
oo.ana terbaca separuh je.sampai paklong nta terkejut.tak perasan bawah tu ada lagi post.keke.hu.seram pula ada main mercun elektrik.keke.mercun buatan korang tu lagi bahaya.
Ahmad said…
tekan read more tu...
Unknown said…
haha.sebelum tu tak tekan.tak perasan.keke.da baca full pun.
aida said…
haha . kakcik lambai2 . ta bleyh bla . r&r kanching kot . haha . ye ye jek . weyh . ade typing error tuh . laaaast skali . 'supaya kitorg TAK habiskan' . bukan supaya kitorg NAK habiskan . ape daa . haha .
Ahmad said…
haah la salah type la...tu tgh pikir mmg nak hbskan...hahaha
alip said…
aduh.. lauk tuh cm sedap jerk.. huhuh... lapo siot...
Unknown said…
aa.minta ahmad tapaukan.simpankan untuk ku sekali eh ahmad.
Ahmad said…
aduh...lauk tu da hbs kot..haha
Unknown said…
alaa.nta buatkan la.masakkan 1.keke.

Popular posts from this blog

Travelling With STYLE To Kelantan

Remember the Years

Happenings